Pengenalan
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan salah sebuah jabatan akademik utama daripada 4 jabatan yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JKA memulakan sesi pengajian dengan mengambil kumpulan pelajar sulung pada sesi Jun 2003 seramai 122 orang iaitu 44 pelajar diploma dan 78 pelajar sijil.